Kisah Laila Majnun Karya Syeikh Hakim Nidhomi
Di tulis oleh seorang sufi Persia iaitu
Hakim Nizami Ganjavi. Kisah Laila Majnun adalah kisah antara Imra’il
Qais dan Laila. Ini adalah kisah perjalanan seorang sufi untuk sampai
kepada Tuhannya, pada proses cinta, dimana kecintaan telah membuat
Majnun menanggalkan keegoannya, memandang dirinya dan penciptanya
sebagai sebuah kesatuan yang tak terpisah, sehingga mencapai tahap
peniadaan diri.
Kita dihadapkan pada perjuangan
yang bukan saja menembus batas harga diri, tetapi juga mengorbankan
darah dan nyawa dari orang-orang yang berpihak. Perjalanan Majnun
mencintai Laila, perasaan Laila terhadap Majnun, syair2 yang berada
diantara mereka, pilihan hidup mereka yang mempengaruhi orang2 di
sekitar mereka, secara keseluruhan menggambarkan berbagai sisi
kehidupan.
Bukankah suatu
kegilaan bila kita terbakar selamanya dalam nyalaan api. ? Bukankah
suatu kegilaan jika tidak makan dan tidur sedikitpun. ? Semakin ubat
dicari semakin parah sakitnya.. Begitu dekat, namun terasa begitu
jauh..
Hanya kata “Laila” yang sangat berarti. Ketika orang membicarakan hal lain, ia akan menutup telinganya dan mengunci mulutnya.
Katakan padanya: “Orang yang telah
mengorbankan segalanya untuk-Mu menyampaikan salam dari jauh. Titipkan
sehembus nafas-Mu melalui sang angin untuk memberitahu dia bahawa
engkau masih memikirkannya.”
“Oh lilin jiwaku jangan kau siksa
diri ku, ketika aku mengelilingimu, kau telah memikatku, kau telah
merampas tidurku, akalku juga tubuhku.”
Laila adalah cahaya fajar, Majnun
adalah sebatang lilin Laila adalah keindahan, Majnun adalah kerinduan
Laila menabur benih cinta, Majnun menyiraminya dengan air mata Laila
memegang cawan anggur cinta, Majnun berdiri mabuk oleh aromanya
“Aku bagaikan orang yang kehausan,
kau pimpin aku menuju sungai Eufrat, lalu sebelum sempat aku minum,
kau menarikku dan kembali ke kawasan panas membara, padang pasir yang
tandus !..
Kau mengajakku ke meja jamuan,
tapi tidak pernah mempersilakanku makan ! mengapa kau menampakkannya
kepadaku di awal, jika tidak pernah berniat untuk membiarkan aku
memiliki hartaku.?”
“Aku melihat matanya dalam matamu,
lebih hitam dari kegelapan. Namun bayangannya tidak akan kembali oleh
hanya kesamaan. Kerana apa yang telah hilang dariku tidak akan
digantikan. Dan yang tersisa hanyalah kenangan yang menyakitkan.”
“Setiap hembusan angin membawa
harumanmu untukku. Setiap kicauan burung mendendangkan namamu untukku.
Setiap mimpi yang hadir membawa wajahmu untukku. Aku milikmu, aku
milikmu, jauh maupun dekat. Dukamu adalah dukaku, seluruhnya milikku, di
manapun ia tertambat.”
Di alam ini semua hal ditakdirkan
untuk binasa, tidak ada yang abadi. Namun, jika Anda “mati” sebelum
Anda mati, berpaling dari dunia dan kemunafikan wajahnya, Anda akan
meraih keselamatan dalam kehidupan yang abadi. Terserah pada Anda: Anda
adalah penentu bagi takdir Anda sendiri. Pada akhirnya kebaikan akan
bersatu dengan kebaikan dan keburukan dengan keburukan. Ketika rahasia
Anda diteriakkan dari puncak gunung dan gaungnya kembali, Anda akan
mengenali suara itu sebagai suara Anda sendiri..
Jalan kita berbeza dan tidak akan pernah bertemu.. Kau adalah sahabat bagi dirimu sendiri. Diriku adalah musuh terbesarku.
Apakah kau fikir akulah yang kau lihat dihadapamu ?.
Kau membayangkan bahawa kau melihatku,
tapi dalam kenyataannya aku tidak ada lagi.
Aku telah tiada dan hanya yang dicintai yang kini tersisa.
Akhirnya seorang sufi bermimpi
melihat Majnun berada di samping Tuhan, dan Tuhan membelai-belai kepala
Majnun dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Majnun disuruh duduk
di samping Tuhan, lalu Tuhan berkata: “Tidakkah engkau malu memanggil
Aku dengan nama Laila setelah kau teguk anggur cinta-Ku? “ sufi itu
terbangun dalam keadaan cemas, Ia melihat posisi Majnun, tetapi di
manakah Laila.. ? Tuhan mengilhamkan dalam hatinya, bahwa posisi Laila
lebih tinggi lagi, karena Laila menyembunyikan kisah cinta dalam
hatinya.
Laila..
berlalu masa,saat orang meminta pertolonganku
dan sekarang adakan seseorang penolong
yang akan memberitahu rahsia jiwaku pada Laila?
wahai Lailacinta telah membuatkan aku lemah tak berdaya
sperti anak hilang,jauh dari keluarga dan tidak
memiliki harta..
wahai angin
sampaikan salam ku pada Laila!tanyakan padanya adakah dia masih mahu berjumpa dgnku?
bukankah aku telah berkorban kebahagianku kerananya?
hingga diri ini terbiar,sengsara di padang pasir gersang..
wahai kesegaran pagi yang murni dan indah,
mahukah kau sampaikan kerinduanku pada Laila?
belailah rambutnya yang hitam berkilau,
untuk mengungkapkan dahagacinta yg memenuhi hatiku..
wahai angin mahukah kau membawa keharuman rambutnya kepada ku? sebagai pelepas rindu di hati..
Wallahu a'lam...
Sumber : http://cinta-syamsudin.blogspot.com
images : http://tausyah.wordpress.com
Wallahu a'lam...
Sumber : http://cinta-syamsudin.blogspot.com
images : http://tausyah.wordpress.com
Post a Comment